Tuesday 29 December 2009

UBAT IMAN KITA

APAKAH ITU MAKNA KETENANGAN?

KETENANGAN HANYA AKAN DATANG DALAM HATI MANUSIA APABILA MANUSIA ITU MELAKUKAN SESUATU AMALAN SEMATA-MATA UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

DAN...APABILA DI DALAM HATI MANUSIA

(YG DIMAKSUDKAN DGN SEKETUL DAGING)

HANYA ADA KEBESARAN, KECINTAAN HANYA KEPADA

ALLAH SWT, MAKA ALLAH SWT AKAN MENCAMPAKKAN @ MENGANUGERAHKAN KETENANGAN DI DALAM HATI HAMBA-HAMBA-NYA.

OLEH YANG DEMIKIAN, CARA UNTUK MANUSIA INGIN DAPATKAN KETENANGAN BUKANLAH DENGAN BERKARAOKE, BERPESTA, BERJALAN-JALAN WINDOW SHOPPING, TAPI SEBALIKNYA

1) KITA MESTI BANYAK MELIHAT TANDA KEBESARAN-KEBESARAN ALLAH SWT SEPERTI KEJADIAN MATAHARI TANPA MENTOL YANG TAK PERNAH TERPADAM, KEJADIAN BULAN YANG TERGANTUNG TANPA TALI, KEJADIAN LANGIT TANPA TIANG....PERTUKARAN MALAM DAN SIANG YANG TIADA KUASA MANUSIA @ KERAJAAN YANG HEBAT DI DUNIA YANG BOLEH MENUKAR

KEHENDAK ALLAH SWT APABILA MALAM BERTUKAR SIANG DAN BERIKUTNYA...

2) KITA WAJIB FIKIRKAN SEJENAK BETAPA MAHA KAYA NYA ALLAH SWT YANG MENCIPTA SETIAP MAKHLUK2 CIPTAAN-NYA DARI SEKECIL-KECIL MAKHLUK SEHINGGA SEBESAR-BESAR MAKHLUK....IKAN2 DI LAUT SIAPA YANG BERI REZEKI?

POHON2 DI DATARAN SIAPA YANG MENENTUKAN WARNA BUAH, WARNA DAUN, RASA BUAH, BENTUK BUAH, JENIS POKOK, RENDANG ATAU TINGGINYA POKOK, BENTUK2 DAUN DAN BENTUK2 POKOK, JUMLAH2 DAUNAN DAN RANTING2 SEMUA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH SWT.....

MASYA-ALLAH

ALLAHU AKBAR

LAAILAAHA ILLALLAH.....

3) DAN GUNAKANLAH LIDAH KITA UNTUK HANYA BERKATA PERKATAAN MEMUJI-MUJI ALLAH SWT SETIAP SAAT DALAM MASA 24JAM....

ALLAH SWT ADALAH ZAT YANG MAHA CEMBURU YANG TIDAK MAHU HAMBA-HAMBA-NYA MEMUJI SELAIN DIA. SEBAB ITU KITA DIWAJIBKAN MENGUCAPKAN

ALHAMDULILLAH

HANYA ALLAH SWT SAHAJA YG WAJIB DIPUJI KERANA SETIAP SESUATU YANG BERLAKU DI ATAS MUKA BUMI INI ADALAH DENGAN IZIN ALLAH SWT. TIDAK BERGERAK WALAU SEINCI ZARAH, WALAU SEBUTIR PASIR DI DASAR LAUTAN YANG DALAM TANPA DENGAN QUDRAT & IZIN ALLAH SWT. DAN SETIAP APA YG BERLAKU SETIAP SAAT DAN SETIAP PERGERAKAN DI ALAM INI , HATTA GUGURNYA SEHELAI DAUN DI HUTAN YANG PALING TEBAL MELAINKAN DALAM PENGETAHUAN ALLAH SWT...

SUBHAANALLAH

MASYA-ALLAH

ALLAHU AKBAR

LAAILAAHA ILLALLAH

HATTA PERGERAKAN KITA SEBAGAI MANUSIA PUN SEMUANYA DI DALAM GENGGAMAN ALLAH SWT...SETIAP TENGKUK2 MANUSIA SEMUA DI DALAM GENGGAMAN ALLAH SWT.

TIADA SIAPA PUN, TIADA MAKHLUK PUN YANG BERKUASA MELAINKAN HANYA SENYA ALLAH SWT YANG MAHA KUASA

MAHA BESAR, MAHA MELIHAT, MAHA INDAH, MAHA SEMPURNA, MAHA PENCIPTA, MAHA MEMELIHARA, MAHA PENYAYANG, MAHA MENTADBIR, MAHA AGUNG, MAHA MULIA...

TIADA MANA-MANA MAKHLUK PUN DI DUNIA YANG DAPAT MENGALAHKAN KEKUASAAN ALLAH SWT.....

DIALAH ROBB SEKALIAN ALAM YANG WAJIB DISEMBAH OLEH KITA YANG BERNAMA MAKHLUK.

SEMUA MAKHLUK CIPTAAN ALLAH SWT BERHAJAT KEPADA ALLAH SWT.

ALLAH SWT ADALAH ZAT YANG TIDAK LANGSUNG BERHAJAT KEPADA MAKHLUK2 CIPTAAN-NYA KERANA DIA-LAH YANG MAHA PENCIPTA SEGALA DI LANGIT (7 PETALA LANGIT), SEGALA DI BUMI (7 PETALA BUMI) DAN DI ANTARANYA...SEMUANYA DI DALAM PENGUASAAN ALLAH SWT. JANGANLAH KITA BERASA MAHU MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB ALLAH SWT SEBAGAI ORANG YANG BERKUASA, PENGUATKUASA DSBNYA....

ITULAH SYIRIK!!!!!!!!








Saturday 19 December 2009

TAHNIAH NEGERI SEMBILAN KU SAYANG.....


TAHNIAH NEGERI SEMBILAN
KERANA TELAH MEMBENARKAN
MENGANJURKAN IJTIMA' DUNIA
PADA BULAN JULAI 2009 YANG LALU
SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATI PARA PEMIMPIN
MALAYSIA KERANA MENGGALAKKAN
USAHA KENABIAN DITERUSKAN
DI NEGARA KITA INI....
DAKWAH ILLALLAH ADALAH MAKSUD HIDUP.
TAHNIAH KERAJAAN MALAYSIA & NEGERI SEMBILAN
NEGERI KELAHIRANKU.
ALHAMDULILLAH.....terlebih dahulu wajib kita semua tingkatkan kesyukuran kpd ALLAH SWT kerana dengan TAUFIQ & HIDAYAH-NYA telah mengizinkan kita masih lagi dapat bertemu dalam lembaran blogspot saya untuk kita bermuzakarah tentang perkara yang menjadi masalah UMAT ISLAM hari ini. Bukanlah bermakna saya sebagai seorang ULAMA atau USTAZ untuk memberi pengajaran, jauh sekali, namun ia hanya sebagai ingat-mengingatkan kerana ini adalah satu perintah dari ROBB SEKALIAN ALAM (ALLAH SWT)...dalam surah al-asr (watawa saubissobri, watawa saubilhaq).
Tuan-tuan yang dimuliakan oleh ALLAH SWT, sebagai seorang hambaNYA yang sangat2 daif ini, di ruangan ini saya ingin membawa satu fikir kepada tuan2, terutama untuk diri saya, agar apa yang saya "highlight" di sini dapat kita semua jadikan iktibar dan dapat kita realisasikan impian SAYYIDUL MURSALIN agar UMAT BAGINDA DAPAT DISATUKAN dengan kalimah LAAILAA HA ILLALLAH, MUHAMMADURASULULLAH.....
Tuan-tuan yang dimuliakan oleh ALLAH SWT...tuan-tuan sedia maklum dan lebih arif dari saya....bahawa ALLAH SWT MAHA PENCIPTA 7 PETALA LANGIT & 7 PETALA BUMI...menjadikan alam ini semata-mata untuk menghantar AGAMA-NYA yang telah disempurna pada HAJI WIDAQ DI ARAFAH dan ALHAMDULILLAH berkat pengorbanan BAGINDA S.A.W dengan menghadapi pelbagai ujian & kesusahan bersama PARA SAHABAT R.ANHUM AJMA'IN selama 13tahun di MAKKAH AL-MUQARRAMAH & selama 10tahun di MADINAH AL-MUNAWWARAH dan mereka telah bertebaran ke seluruh alam untuk sebarkan kalimah LAAILAA HA ILLALLAH ini dengan membawa FIKIR RISAU bagaimana seluruh umat ini dapat mati dengan KALIMAH YANG SUCI di akhir qalam dan dapat di selamatkan dari AZAB NERAKA yang telah diciptakan oleh ALLAH SWT.
Tuan-tuan yang dimuliakan oleh ALLAH SWT....kita semua sedia maklum bahawa ALLAH SWT DENGAN SIFAT-NYA YANG MAHA ADIL TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN SEJAK ALAM INI DIJADIKAN,
"IAITU - KEJAYAAN MANUSIA ADALAH DALAM MENGAMALKAN AGAMA YANG SEMPURNA"....maksudnya kata ulama' : "BAGAIMANA SAYA DAN SEMUA MANUSIA DAN JIN DAPAT TA'AT SEGALA PERINTAH2 ALLAH DENGAN CARA NABI S.A.W, itulah maksud kita semua dihantar atas muka bumi ini sehingga ke satu tempoh @ tarikh yang telah ditetapkan oleh NYA dan apabila tiba di alam akhirat YANG KEKAL, maka kita semua akan dipersoalkan tentang apa yang telah kita USAHAKAN....
Jadi....tuan2 yang dimuliakan oleh ALLAH SWT, makanya di sini, setelah melihat keadaan umat di dalam NERAKA ketika dijemput oleh ALLAH SWT KETIKA PERISTIWA ISRAK MIKRAJ, NABI S.A.W berasa amat dukacita dan bimbang yang teramat sangat akan UMAT BAGINDA S.A.W...lalu bermulalah satu usaha bagaimana NABI S.A.W dan PARA SAHABAT R.ANHUM AJMA'IN mengambil tanggungjawab ini untuk menyebarkan AGAMA ALLAH SWT dengan bertebaran ke seluruh alam dengan mengorbankan seluruh kehidupan dunia mereka semata-mata untuk menylamatkan umat dari azab-azab ALLAH SWT. Dan tanggungjawab menyebarkan AGAMA ALLAH ini sekarang terletak di bahu2 kita semua UMAT ISLAM seluruh dunia krn melalui KITAB SUCI AL-QURAN, ALLAH SWT berfirman
"KAMU, UMAT MUHAMMAD ADALAH SEBAIK-BAIK UMAT KRN KAMU MENGAJAK MANUSIA BERBUAT KEBAIKAN DAN MENCEGAH DARI KEMUNGKARAN DAN KAMU BERIMAN KEPADA ALLAH SWT."
(ini adalah merupakan perintah ALLAH SWT kepada kita seluruh UMAT ISLAM yang mengaku sebagai UMAT MUHAMMAD, bukan untuk ulama'2 sahaja)

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh ALLAH SWT, konsep perjuangan NABI S.A.W bukanlah untuk merebut mana-mana kuasa ROME & PASRI ketika itu, atau ingin menerima pangkat kebesaran, atau merebut tanah, atau merebut harta mana-mana kerajaan dunia, atau merebut jawatankuasa masjid2 & surau, akan tetapi mereka berjuang untuk sebarkan KALIMAH ALLAH SWT dan pastikan semua manusia dapat mengamalkan kehidupan seharian dengan cara yang ALLAH SWT REDHO. Inilah matlamat perjuangan NABI S.A.W tanpa meruntuhkan mana-mana kerajaan dunia sekalipun...asalkan mereka semua BERIMAN KEPADA ALLAH SWT......dan bawa kehidupan cara YANG ALLAH SWT kehendaki iaitu amalkan segala SUNNAH2 NABI S.A.W sebagai amalan dalam kehidupan seharian seperti MUAMALAT, MUASYARAT, AKHLAKIAT & IMANIAT, dalam masa yang sama mereka boleh terus kekal dalam tempat mereka masing2 tidak kira mereka pemimpin, raja, perdana menteri, atau sesiapa sahaja. Kecuali jika mereka menolak, maka itu bukan urusan NABI S.A.W & PARA SAHABAT R.ANHUM AJMA'IN yang menentang, tetapi ia akan menerima azab dari ALLAH SWT....kerana apabila kita mendakwahkan KALIMAH ALLAH SWT kepada manusia, sekiranya mereka menerima, mereka adalah saudara kita maka ALLAH SWT bersama mereka, namun jika mereka menentang, bererti mereka menentang ALLAH SWT seperti mana qarun laknatullah, namrud laknatullah & fir'aun laknatullah yang telah dibinasakan oleh ALLAH SWT hanya dengan tentera2 ALLAH SWT yang berupa air & nyamuk sahaja. ALLAHUAKBAR....BETAPA HEBATNYA KEKUASAAN ALLAH SWT.

Apa yang peliknya di sini, saya melihat perjuangan satu pihak seolah2 menggunakan ISLAM sebagai topeng, mereka telah mencemarkan kesucian ISLAM dengan mengadakan ceramah2 AGAMA dan menjadikan RUMAH2 ALLAH SWT (masjid & surau) untuk menegakkan ideologi mereka. Mereka seakan takut pada bayang2 sendiri. Dan cara pendekatan dakwah mereka bukanlah mengikut cara NABI S.A.W. Mereka lebih suka berceramah "membuka, mendedahkan keaiban pemimpin2 ISLAM, mereka suka menghukum manusia suka-suka hati....mereka suka memecah belahkan UMAT ISLAM dengan membawa perasaan benci sesama ISLAM....dalam masjid beri ceramah kutuk-mengutuk sesama makhluk....INI BUKAN CARA DAKWAH NABI S.A.W dan PARA SAHABAT R.ANHUM AJMA'IN.
NABI S.A.W hanya mendakwahkan manusia kepada KEBESARAN2 ALLAH SWT, KEHEBATAN ALLAH SWT, JANJI2 ALLAH SWT....TENTANG KEHIDUPAN AKHIRAT...TENTANG AZAB2 KUBUR, AZAB NERAKA & NIKMAT2 SYURGA supaya manusia ghairah mahu dapakan REDHO ALLAH SWT dan rindu nak masuk SYURGA......tidak pernah pun NABI S.A.W memburuk-burukkan fir'aun laknatullah walaupun jelas dalam AL-QURAN bahawa fir'aun laknatullah itu menentang ALLAH SWT...cuma sekadar beri peringatan yang tidak melampaui batas....kerana ALLAH SWT pun mengutuk orang yang mengutuk2 syaitan laknatullah....tapi ALLAH SWT perintahkan agar kita berdoa supaya berlindung dari kejahatan syaitan laknatullah. Itu sahaja.
Tuan-tuan yang mulia.....
Oleh yang demikian, tuan-tuan diberikan akal fikiran untuk berfikir dan dapat membezakan yang mana intan & yang mana kaca. Jadi, kembalilah kita kepada cara ALLAH SWT & RASUL-NYA...sebagai menjalani kehidupan kita ini.
Jangan jadikan AGAMA ALLAH SWT sebagai sumber untuk meraih kemenangan politik & kedudukan atau wang ringgit...tapi gunakanlah AGAMA untuk mendapat keredhaan ALLAH SWT......bukan jadikan AGAMA sebagai satu landasan menimbulkan permusuhan sesama UMAT ISLAM & umat2 yang lain, ikutlah cara NABI S.A.W jadikanlah AGAMA ISLAM sebagai satu akhlak supaya mereka yang jauh dari AGAMA ALLAH dapat hidayah dan ta'at segala perintah ALLAH SWT dan berdoa agar mereka juga dapat masuk syurga ALLAH SWT.....inilah impian dan matlamat NABI S.A.W (walaupun BAGINDA S.A.W korbankan nikmat kehidupan dunianya, asalkan umatnya dapat AGAMA). Bukannya berdoa kehancuran untuk umat atau menghukum "kafir" pada seseorang, kerana HUKUMAN biarlah ALLAH SWT yang tentukan....kita semua sama...lahir dari saluran kencing mak kita dan mati pula semua akan masuk kubur dalam keadaan yang sama. YANG MAHA HEBAT, YANG MAHA SEMPURNA, YANG MAHA KUASA, YANG MAHA AGUNG HANYA TERLETAK PADA ALLAH SWT......kita semua hanya hambaNYA sahaja......
INSYA-ALLAH.....selalu2lah berkunjung ke MASJID JAME' SRI PETALING setiap SABTU bermula asar-isya' untuk mendengar penjelasan ULAMA' MURSYID dan untuk kita ambil tanggungjawab sebagai UMAT MUHAMMAD S.A.W supaya tegakkan AGAMA ISLAM dengan hikmah & kasih sayang.......bukan dengan menghukum sesuka hati, kunci2 pintu masjid, merebut jawatan dalam masjid, kutuk2 pemimpin (hatta kafir sekalipun krn mereka pun makhluk ALLAH SWT)
dj irwan syah
019-3090383 / 012-2244756

Thursday 17 December 2009

PUISI KELUAR DI JALAN ALLAH SWT

(pesanan untuk persiapkan suami keluar di jalan ALLAH SWT 40hari / 4bulan)
menjalankan USAHA DAKWAH ILLALLAH @ TABLIGH

WAHAI ISTERIKU
hari ini aku pergi...
meninggalkan kamu,
meninggalkan anak-anak kita,
meninggalkan rumah kita yang penuh kenangan,

hari ini aku pergi...
kerana perintah dari ZAT
yang telah menancapkan getaran di hatiku
ketika aku menatapmu
di saat malam pertama kita...

hari ini aku pergi...
untuk menyenangkan hati
seseorang yang telah korbankan
seluruh hidupnya
untuk kebahagiaan kita hari ini
sehingga kamu dan aku berjumpa
dalam keadaan ISLAM....

hari ini aku pergi...
untuk menghapuskan luka
SAYYIDUL AMBIYA MUHAMMAD S.A.W
kerana lautan maksiat
yang telah dibuat
oleh orang yang mengaku sebagai ummatnya.

jadi...wahai isteriku !!
aku pergi tinggalkan kamu
untuk datang kepada ZAT
yang memiliki hati kamu
hingga bersemi cinta di antara kita

aku pergi tinggalkan kamu...
bukan kerana aku tidak menyayangimu
tetapi ada mata yang tak pernah mengantuk
mengawasi cinta kita
ada tangan yang akan pukul kita,
ketika cinta kita melebihi cinta kepadaNYA.

jika esok...
ketika kau terbangun dari tidurmu,
kau dapati aku tiada di sisimu
maka...
cepatlah bertasbih !!
ALHAMDULILLAH...

kenapa?
bukankah UMMUL MU'MININ AISYAH R.ANHA
ketika merasa senang...
kerana hidup bersama kekasih ALLAH SWT
maka RASUL S.A.W sabdakan :

"bahawa orang yang paling bahagia adalah, orang yang suaminya keluar di JALAN ALLAH SWT,
kerana...
dia bukan hidup bersama kekasih-NYA ALLAH SWT,
tetapi hidup bersama ALLAH SWT."

jika esok...
ketika melihat kamar kita sepi,
tiada canda ceria seperti hari sebelumnya,
maka...
bayangkan olehmu
bagaimana rumah sahabiyah !!
suami mereka selalu pergi membawa pedang
terkadang tiada khabar
yang ada hanya kubur...
tetapi...
mereka tetap katakan :

"biarlah rumah kami sepi...asalkan rumah-rumah di seluruh alam penuh dengan NUR IMAN..."

jika esok...
tiada tangan
yang memberi suapan ketika kau makan
seperti biasa ku lakukan padamu,
yakinlah wahai isteriku !!!
ALLAH SWT akan meberi suapan kepadamu
hidangan yang memiliki 70 rasa di JANNAH / SYURGA
yang tidak akan jadi kotoran yang jijik
bahkan...
mengeluarkan keringat melebihi kasturi

ketahuilah isteriku !!
bahawa makanan di dunia
mengandungi racun yang jadi penyakit
jika tidak dibuang hajat

jika esok...
musibah, ujian dan sejuta masalah
datang dalam kehidupanmu tanpa aku
lihatlah kepada hatimu!!!
kemana kamu berlari?
saat itu ALLAH SWT ingin lihat IMAN kamu
yang hari-hari bergantung kepadaku.......
segeralah kau BERWUDUK
dirikanlah SOLAT...
adukan urusanmu kepapa ROBB mu
kau akan bahagia di dunia yang sementara
dan AKHIRAT yang selamanya...

jika saat itu...
kau cari pertolongan dengan kebendaan
itulah kegagalan dalam hidupmu
kamu akan menderita selamanya
ketahuilah!!!
masalah selesai atau tidak, itu bukan maksud
tetapi TA'LUQ kepada ALLAH SWT
itulah suatu kejayaan yang besar!!!

isteriku !!
jangan tipu ALLAH SWT
kau meminta dengan
IYYA KA NA' BUDU WA IYYA KA NASTA'IN
sementara kau meyakini
bahawa kejayaan
dalam mengumpulkan benda-benda.
janganlah terpengaruh dengan keadaan dunia
ALLAH SWT beri dunia ini kepada orang yang dicintaiNYA
dan juga kepada yang dibenciNYA

di dalam kesenangan ada kesusahan
dan kesudahan dari penderitaannya
adalah kebahagiaan

sehingga senang dan susah kamu
tetaplah mentaati ALLAH SWT!!!

jangan kamu bangga
seandainya kamu dapatkan seluruh dunia
tetapi kamu kehilangan ALLAH SWT, maka itulah
kerugian yang besar.

kerana...
sekalipun kau berhasil menjaring JIBRIL A.S
dengan jaring yang kau buat,
dan kau bisa perintah sesuai kehendak kamu...
itupun bukanlah kejayaan
jika hari-harimu kehilangan ALLAH SWT.

"orang yang kehilangan ALLAH SWT,
kehilangan segala-galanya..."

banyak dirikan SOLAT
untuk hadirkan benda...
tetapi...
adakah orang SOLAT untuk dapatkan ALLAH SWT
padahal...

"barangsiapa yang dapatkan ALLAH SWT,
maka dapat segalanya..."

jika esok...
kau terpandang rumah jiran tetangga kita
suara tawa, keceriaan terdengar dari sana,
suami mereka selalu di rumah
tidak pernah KHURUJ FII SABILILLAH

jangan kami iri hati..!!!
kamu jesteru harus belas kasihan kepada mereka
kerana mereka sedang membangun tangisan
dan permusuhan yang hebat di rumah mereka.

ketahuilah!!!
bahawa setiap orang membangun rumahtangga
hakikatnya...
membangun tempat menangis
di rumah mereka akan datang MALAIKAT MAUT
menjemput setiap nyawa yang ada
tidak ada belas kasihan.

walau mereka katakan :
"jangan ambil isteriku"
"jangan ambil anakku"

tidak ada tebusan sedikit pun
dan tidak juga diberi tangguh sesaat pun
saat itulah suami mereka akan menyesal
salahkan semua ahli keluarganya....

"YA ALLAH...!!!
KERANA KESIBUKAN AKU MEMENUHI HAJAT ISTERIKU...
AKU LALAI MENJADI NAIB NABI-MU
AKU KINI MALU BERJUMPA KEKASIH-MU
AKU TAK GEMBIRAKAN HATI SAYYIDUL MURSALIN
AKU LEMPAR SUNNAH-SUNNAHNYA
DAN AKU ASYIK MAKAN MINUM
BERSAMA ANAK ISTERIKU SEPERTI HAIWAN
SEMENTARA HATI NABI MU TERKOYAK-KOYAK...."

isteri dan anak mereka pun akan katakan :

"WAHAI SUAMIKU!!!
MANA TANGGUNGJAWABMU?
KAU TAK PERNAH SIRAMI HATIKU
DENGAN NUR IMAN...
KAU TAK ISI BUKU CATATANKU DENGAN AMAL.."

ketahuilah isteriku...
bahawa setiap amal suami
merupakan tabungan buat isterinya
bayangkan olehmu...
bagaimana jika seorang suami
hanya pandai mencari wang...
apakah buku amalan mu akan bertambah???

jadi isteriku...
kepergianku melewati batas negeri...
adalah untuk mempersiapkan
pesta-pesta besar untuk kita...
bagaimana pendapatmu...
jika seorang ayah meruntuhkan rumahnya
untuk diganti dengan rumah yang lebih besar...
apakah anak isterinya akan marah?
tentu tidak!!!
mereka akan semakin sayang kepada ayahnya.

isteriku...
terlihat aku hancurkan rumahtangga kita
tetapi sebenarnya...
aku sedang membangun rumah kita
yang lebih hebat
dari lempengan EMAS yang tembus seperti kaca...

rumah yang besar
taman yang besar
ingatlah!!! bahawa kenikmatan dunia ini tidak seutuhnya.

lihatlah!!!
ketika kau makan buah
akan terganggu dengan bijinya
dan ketika kau berjalan di taman
ada kerikil yang menusuk

ahli dunia....
yang belum selesaikan tugasnya...
maka akan gelisah tak bisa tidur nyenyak
dan tak selera makan

aku pun demikian...
aku tak bisa tenang
kerana...
belum sempurnakan IMAN kamu dan anak-anak
aku takut suatu hari di mana bumi dibelah
dan isi dada dikeluarkan
sedang ALLAH SWT berfirman :
"IMAN KAMU TERTOLAK"
walaupun kita BERHAJI
dan berjuta kebaikan kita buat
tetapi...
ALLAH SWT akan murka kerana DIA telah disyarikatkan...

lihatlah olehmu seorang pemilik SYARIKAT
apakah dia rela
di pagi hari ketika ia datang
sedang KERUSI nya sudah diduduki orang lain???

dan seekor ayam
tidak akan masuk ke dalam kandang
yang berisi musang...

ALLAH SWT tidak ingin di hati hambaNYA
ada najis dunia yang mengotori

"KETAHUILAH .... DUNIA INI ADALAH BANGKAI....
DAN YANG MENGEJARNYA ADALAH ANJING..."

itulah sebabnya...
aku harus pergi keluar DI JALAN ALLAH SWT
untuk membuang segala kecintaan dunia

mudah-mudahan ALLAH SWT akan mencintai kita
dan memudahkan perjalanan kita
pada saat hari terakhir kita di dunia ini...

ketahuilah...!!!
bahawa KEMATIAN adalah hari raya
bagi orang yang memiliki IMAN KAMIL
sedang bagi orang yang kafir
KEMATIAN adalah puasa selamanya...!!!

aku tinggalkan kamu...
untuk merubah kesedihan dalam KEMATIAN
menjadi hari yang terindah
sebagaimana kekasih ALLAH SWT
yang telah sukses melewatinya...

ingatlah!!!
MAUT adalah kenderaan
setiap insan menuju ALLAH SWT
pada saat itu
mesin yang diperlukan bukanlah harta atau kerajaan
tetapi IMAN & AMAL SOLEH.

sedangkan jalan untuk sempurnakan IMAN
adalah dengan KORBANKAN HARTA & DIRI
DI JALAN ALLAH SWT....!!!

percayalah!!!
walaupun aku yang maju di hadapan musuh
tetapi...
kamu yang terlebih dahulu
dibukakan pintu SYURGA oleh RIDWAN A.S

kamu akan menunggu 500tahun
di depan cermin emas
dan kamu akan menjadi ratu bagi 70,000
bidadari dan malaikat

tahukah kamu???
bahawa kecantikan bidadari adalah 70,000 kali dari
kecantikan wanita terhebat di dunia
sedangkan engkau wahai isteriku...
kecantikanmu 70 kali dari kecantikan bidadari
bagaimana mungkin
aku akan terkesan dengan selain mu???

hari pertama kita di dalam syurga...
pada perjumpaan yang ABADI...
tertawa terus tidak ada lagi tangis...
sihat yang tiada sakit...
kaya yang tak akan menjadi miskin.

kamu akan mengkamgumiku...
aku pula terkesima puluhan tahun memandangmu
bibirku perlahan berkata :
"SIAPAKAH KAMU?"
kamu tersenyum...
seandainya di SYURGA ada kematian...
maka senyummu...
akan membuatkan aku mati pada saat itu...

tidurnya malam pertama kita di dalam SYURGA
laksana pengatin baru selama 40tahun
dengan kekuatan seratus kali
yang pernah kita lakukan di dunia
ALLAH QABUL FARMAE...AMIN YAA ROBBAL 'ALAMIN...

itulah sebabnya...
kamu jangan tertipu dengan wanita di dunia
SHEIKH MALIK BIN DINAR katakan :
"NILAI WANITA TERCANTIK DI DUNIA INI ADALAH TAK LEBIH DARI 2 BUTIR BUAH KURMA SAHAJA..."

mereka keluarkan bau yang tak sedap
jika tak mandi beberapa hari...
maafkan aku...
kerana aku tak pernah membawamu
pergi ke saloon dunia
kerana aku tak mahu ditipu oleh mereka....

baju purdah hitam yang kamu pakai
dari bahan yang murah
dan hanya berwarna hitam
menutup wajah manismu....

ketahuilah..baju itu lebih baik
dari seluruh dunia dan seisinya...
kerana itulah pakaian isteri RAJA DUNIA AKHIRAT
iaitu para UMMUL MU'MININ
para isteri RASULULLAH S.A.W

jangan terpesona dengan perhiasan ahli dunia
gelang yang mereka pakai
akan dipanaskan dalam NERAKA
dan akan ditempel
di punggung mereka

gincu yang mereka pakai
akan menarik mulut mereka sampai ke perut
rambut yang mereka sasak
akan digantung menjadi ikatan
sedang di bawah mereka ada bahan api NERAKA...

tahukah engkau wahai isteriku..!!!
bahawa sehelai rambut wanita yang nampak
oleh lelaki-lelaki yang bukan muhrim mereka
akan disiksa 100 tahun ke dalam NERAKA

hari itu...
tak akan ada lagi siulan yang mengkagumi
tak ada mata yang berani menatap
bahkan...
tak ada yang berani mengaku kenal dengan mereka

mereka berteriak!!!!

"oh...alangkah baiknya jika dahulu aku berPURDAH semasa di dunia....
aku telah terfitnah dan menyebarkan fitnah..."

"kuperlihatkan betisku
di depan restoran-restoran...
ku hiaskan wajahku di pejabat-pejabat
kuperdengarkan suaraku di depan umum
kupandang setiap mata lelaki
yang betbicara dengan ku..."

"kubiarkan selain suamiku
mencium bau perfume ku...
YAA ALLAH...AMPUNKAN AKU..."

saat itu mereka berteriak :

"LAPAAAARRR.."
maka diberi mereka hadiah ZAQQUM DARI DALAM NERAKA...
buah yang berduri sebesar kepala syaitan laknatullah
ditelan sehingga tersangkut di leher...

ketika mereka berteriak :

"HAAAUUSSS...."
maka datang gislin
cairan nanah dan darah yang mendidih

terasa hausnya...
sehingga langsung meneguknya
maka bukan hanya ZAQUUM...yang turun ke perut
tetapi semua isi perut terburai melalui anu
NA'UZUBILLAHHI MIN ZALIK....

aku pernah dengar orang kaya...
yang berpakaian amat mahal
dtang ke sebuah pesta
tetapi ia tidak bahagia...
kerana memperhatikan baju tamu yang lain
takut-takut ada yang lebih mahal darinya.

jika kamu istiqomah menggunakan PURDAH
maka ALLAH SWT akan menjemput kamu
untuk hadir di pesta NABI-NABI

jika telingamu kamu jaga
dari muzik-muzik dunia
kamu akan mendengar suara NABI DAUD A.S bernyanyi
di mana sungai pun akan berhenti mengalir
untuk mendengar kemerduannya.

kau akan dengar....
BAGINDA S.A.W membacakan surah YAA-SIN dan TAHA
dan...
puncak kebahagiaan seluruh penghuni JANNAH @ SYURGA
ketika melihat wajah ALLAH SWT...
dan mendengar ALLAH SWT membaca firmanNYA
surah AR-RAHMAN

itulah sebabnya aku menasihati kamu
agar kamu tundukkan pandangan
kerana mata yang tak dijaga
dan digunakan banyak maksiat....
maka dikubur...adalah yang pertama kali dihantar
ular SYUJA UL AQRO
dan di MASYAR
bangkit dalam keadaan buta

dan jagalah mulutmu dari GHIBAH
kerana busuknya ghibah
akan mengotori seluruh samudera

jangan berdusta!!!
kerana kamu bagaikan membungkus racun dengan gula-gula

manis ketika dusta
tetapi.kamu akan dibenci manusia
1 kali dusta, malaikat akan berlari 100kilometer darimu

jangan tertipu dengan pentas dunia
kerana pesta di dunia ini
selalu berakhir dengan kelelahan
dan kemarahan....

lihatlah!!!
di manakah rumah-rumah yang dahulunya berpesta?
ke mana wanita yang dahulu bernyanyi itu?
mana alunan muzik yang mereka dendangkan?
semuanya kini tinggallah puing-puing dan desiran angin...

tetaplah kamu selalu berTAWAKKAL KEPADA ALLAH SWT
walaupun langit dan bumi
akan menghimpit kamu
janganlah mencari jalan haram
kerana....
ALLAH SWT tetap memberi jalan keluar yang halal
walaupun hanya setitik celah

tetaplah di rumah kamu
maka ALLAH SWT akan memelihara kamu
sebagaimana memelihara seorang bayi

ramai wanita memiliki alasan klasik
untuk meninggalkan "benteng tarbiyat" (yakni rumah mereka)
sehingga AGAMA menjadi lemah

mereka katakan :
"AKU TERSEPIT MASALAH EKONOMI...
ANAKKU MAHU BERSEKOLAH....
PENGHASILAN SUAMIKU TAK MENCUKUPI DLL..."
sehingga membenarkan hukum
yang menjadikan mereka
berada di pejabat-pejabat kaca milik orang kafir....

ketahuilah olehmu...
itu semua kerana KELEMAHAN IMAN mereka...
mereka punya masalah dengan ALLAH SWT
sehingga...
ALLAH SWT hadirkan masalah dalam kehidupannya

asbab keluarnya mereka dari rumah...
maka berdirilah panji-panji jompo
tahukah kamu untuk apa?
itu merupakan balas dendam anak yang tidak terencana

mereka akan kirim ibu mereka ke sana
untuk habiskan umur mereka...
menunggu mati
sambil main lempar bola bersama para lansia
alangkah menyedihkan bukan?

jangan kau sia-siakan umurmu
masa luangmu, kajilah SUNNAH NABImu
dan usahakanlah hidup sebagaimana SAHABIYAH

siang mereka, jadikanlah siangmu
dan malam mereka, jadikanlah siangmu
sehingga KEREDHAAN ALLAH SWT datang kepadamu
sebagaimana telah datang kepada mereka

"ORANG-ORANG TERDAHULU DARI KALANGAN MUHAJIRIN DAN ANSAR, SERTA ORANG-ORANG YANG MENGIKUTI MEREKA DENGAN KEBAIKANNYA, MEREKALAH ORANG YANG ALLAH SWT REDHA KEPADA MEREKA DAN MEREKA REDHA KEPADA ALLAH SWT"
(surah AT-TAUBAH ayat 100)

jangan kau tambah ilmu kamu
tentang keduniaan...
yang menyebabkan kamu mencintainya

aku bangga...
jika ada orang bertanya kepadamu
di manakah tempat belanja terhebat di kota ini?
sedangkan engkau mengatakan "TAK TAHU"...

ketahuilah bahawa SAHABIYAH
mereka tak hafal
jalan di kampung mereka sendiri
tetapi...
mereka hafal jalan-jalan menuju SYURGA

itulah sebabnya...
mereka telah hantar suami mereka,
anak-anak mereka ke SYURGA
dengan jalan pintas

teriakkan mereka...
menjadikan AMRU BIN JAMUH yang lumpuh
menajdi masyur di langit
asbab isterinya berteriak :
"PERGILAH SUAMIKU BERSAMA ANAK-ANAK, JANGANLAH KAMU JADI PENGECUT.."

asbab wanita berteriak serukan jihad
berapa banyak lelaki
telah menjadi RAJA-RAJA di dalam SYURGA

"JIKA KAMU MELIHAT SYURGA, NESCAYA TERLIHAT MERUPAKAN KENIKMATAN DAN KERAJAAN YANG BESAR.."
(surah AL-INSAN ayat 20)

isteriku... walau kaum HAWA lemah
tetapi teriakan mereka mampu merubah dunia
berapa banyak orang lelaki masuk penjara
kerana teriakkan wanita :

"SUAMIKU...AKU INGIN RUMAH BESAR...
AKU INGIN BAJU YANG MAHAL...
AKU INGIN MAKAN ENAK...
AKU INGIN ITU...AKU INGIN INI...."

sehingga...
lelaki telah hilang akal sihatnya
sanggup berbuat kejahatan
berapa ramai lelaki terjerumus...
ke dalam LAM-LAM & GHOYYA
suatu lembah di NERAKA
hatta...BAL'AM BIN BAURO seorang wali menjadi penghuninya...

isteriku...!!! hiduplah dengan sederhana
kerana sederhana adalah pupuk dari AGAMA
AGAMA akan subur dengan kesederhanaan
dan ALLAH SWT akan menolong hamba-NYA
yang ada dalam kesederhanaan

jika rumah kamu...
begitu banyak barang yang kamu beli
maka kamu akan sibuk membersihkannya
tetapi kamu lupa bersihkan hati kamu

hidupkanlah TA'LIM HADIS NABI di rumahmu
untuk hadirkan malaikat
yang akan buat suasana
sehingga menularkan sifatnya...
kepada anak-anak kita

dengan hidupnya TA'LIM HADIS NABI
walau rumah kita
tiada apa-apa harta
namun penduduk langit (malaikat) melihatnya bercahaya
sebagaimana kita memandang bintang di langit

ketahuilah bahawa kehidupan ini
pada hakikatnya ROH...bukan JASAD
saat KEMATIAN seorang kerabat
kenapa kita menangis???
padahal jasad masih ada di hadapan..
kerana hakikat kehidupan iaitu ROH telah pergi
ROH ibarat penunggang
sedangkan JASAD adalah kudanya
jika TA'LIM HADIS NABI tak kamu buat
sedangkan kamu makan 3 kali sehari
maka bagaimana ROH kamu
bisa kendalikan JASADmu???

SYEIKH HJ ABDUL WAHAB katakan :
"APABILA ROH KAMU..SELALU DIIKUTKAN
UNTUK MEMENUHI KEHENDAK JASADMU...
MAKA ROH KAMU AKAN BUSUK KETIKA SAAT KEMATIAN"

sehingga...
jika dicium kepada orang yang pengsan
mereka akan tersedar

aku pernah datang ke suatu negeri
di musim panas
ku cuba berjalan tanpa alas kaki
rasa panas begitu menusuk sampai ke sendi
sekujur tubuhku berkeringat

aku membayangkan...
suatu ketika nanti di PADANG MASYAR
di mana bumi yang baru
dari tembaga yang mendidih
akan dibentangkan....
setiap orang yang membawa harta
akan berdiri di sana
seluruh tubuh tenggelam dalam peluh

tak mungkin aku melihat kamu
ada dalam barisan itu
hanya kerana benda-benda dunia
yang nikmatnya sesaat....

ketahuilah bahawa...
ketika seorang bercita-cita kaya raya
maka ia telah mendaftarkan dirinya
untuk memasuki dalam barisan hisab yang panjang

yaqinlah bahawa ALLAH SWT tak letakkan
kemuliaan dalam harta sebagaimana QARUN LAKNATULLAH
atau dalam kekuasaan sepertimana FIR'AUN LAKNATULLAH

KAUM MADYAN ahli dalam perdagangan
kaum NABI NUH yaqin dengan aktsariyat
jumlah mereka begitu banyak
kehebatan pertanian KAUM SABA'
teknologi yang dimiliki KAUM THAMUD
kekuatan tubuh sebagaimana KAUM 'AAD
ALLAH SWT telah hinakan mereka dan hancurkan mereka
kerana tidak ada IMAN YANG SAHIH

isteriku...bacalah olehmu AL-QURAN
sebagaimana seorang murid
membaca di depan gurunya

maka kamu harus hadirkan dirimu
seolah...
kamu membacanya di hadapan ALLAH SWT
kerana setiap huruf yang kamu baca
dilipat gandakan menjadi 10 kebaikan

jika kau amalkan apa yang kamu baca,
di hari QIAMAT...
maka kedua orang tuamu...
akan dipakaikan mahkota
yang terangnya...
melebihi sinar matahari di dalam rumah
bagaimana pula dengan ganjaran
untuk kamu
yang membacanya?

janganlah lupa berzikir
setiap nafas yang keluar dari hidungmu
sertailah nama ALLAH SWT

ingatlah!!! UMAR AL KHATTAB R.ANHU katakan :

"BAHAWA MENGINGATI MAKHLUK ADALAH PENYAKIT, DAN UBATNYA ADALAH MENGINGATI ALLAH SWT"

aku pernah dengar kisah seorang wali
yang bisa terbang,
kerana makanan
yang dimasak oleh isterinya sambil berzikir

aku titipi kepadamu anak-anak kita
didiklah mereka dengan AGAMA yang benar!!!

jika mereka meminta sesuatu kepadamu
katakanlah :
"NAK, MINTA HAJAT MU KEPADA ALLAH SWT"
kerana...
ia bukan hanya mendapat yang di dunia,
tetapi...
ALLAH SWT akan berikan juga di akhirat

aku ceritakan tentang UMMU SULAIM...
mendidik puteranya kejujuran

saat ANAS BIN MALIK pulang lambat
maka dia ditanya
"DARI MANA?"
ANAS katakan :
"DARI TUNAIKAN HAJAT RASULULLAH S.A.W."
"HAJAT APA?" tanya ibunya
ANAS katakan :
"WALAUPUN ENGKAU IBUKU, AKU TAK AKAN MENCERITAKAN RAHSIA RASULULLAH S.A.W"
UMMU SULAIM katakan :
"ANAKKU, SIMPANLAH RAHSIA RASULULLAH S.A.W, JANGAN KAU CERITAKAN KEPADA SESIAPAPUN."

dan aku ceritakan kepadamu
tentang UMMU IMARAH
tatkala puteranya...
ABDULLAH BIN ZAID syahid dipotong-potong
oleh MUSAILAMAH AL KADZAB

maka penduduk MADINAH berbondong-bondong
memberi ucapan TAKZIAH kepadanya.
tetapi wanita MUJAHIDAH itu katakan :
"JANGAN UCAPKAN TAKZIAH KEPADAKU, TETAPI UCAPKANLAH TAHNIAH"

kenapa?
"KETIKA AKU MENYUSUKAN ANAKKU KE PUTING SUSUKU, MAKA AKU TELAH BERNIAT MENYERAHKANNYA UNTUK ALLAH SWT DNA KINI NIATKU TELAH DITERIMA ALLAH SWT, ITULAH SEBABNYA AKU BAHAGIA KINI.."

waktu aku di INDIA
aku mendengar kisah
tentang pahlawan TIPU SULTAN
yang tak terkalahkan oleh penjajah INGGERIS

suatu kali...
ia jalan di hutan dan jumpa harimau
maka dengan tangan kosong
dia telah pukul harimau itu sampai mati
kisahnya menyebar di seluruh pelosok negeri
dan ketika didengar oleh ibunya, maka ia katakan :
"AKU TAK HAIRAN DENGAN ANAKKU, KERANA SETIAP KALI AKU MENYUSUINYA DENGAN PUTING SUSUKU, SELALU AKU BERWUDUK DAN MENGUCAPKAN BISMILLAH.."

(bersambung...panjang lagi..)

(jika ingin dapatkan naskah ini, boleh hubungi saya :
DJ IRWAN SYAH...0193090383 atau 0122244756)